Salam, all.
Just to inform that the cupcake class is already full for the time being.
Insya Allah bulan March Nurul buka semula registration ye.
Untuk February, yang dah confirm adalah:
1. Norly
2. Aliza (Paid Full)
3. Aida
4. Zarina
5. Wani
Kalau nama-nama di atas ada yang nak cancel pls bagitau Nurul k. So Nurul boleh buka untuk orang lain.
Thank you =)Labels: kelas cupcake shah alam

Happy Anniversary to Sue and partner!
Sue eventually emailed me asking for idea of cupcake theme for her anniversary. I haven't have any anniversary theme orders before, so I actually have no other idea than a lovey-dovey theme. She then emailed a pic of a small cake with three cupcakes around it, and asked for a red and white theme. So Nurul buat la according to Sue's preference.
Thanks Sue for ordering! Hope both of you enjoy the cake, as much as I do have fun making it =)
Tentang kelas cupcake decorating, insyaAllah akan diadakan mulai Februari di Shah Alam (Seksyen U13 Setia Alam). Mengikut perancangan, Nurul nak buat 7hb (Ahad) dan 20hb (Sabtu).
Kelas ni hands-on dan merangkumi kaedah-kaedah:
1. membuat chocolate cupcake
2. membuat buttercream
3. buttercream decorating
4. membuat chocolate topping
5. menghias choc cupcake dgn choc topping dan fresh strawberry
Jumlah cupcake yg akan dideco sekurang-kurangnya 16pcs (untuk dibawa pulang). Semua resepi, tools dan ingredients akan Nurul sediakan. So cuma dtg bawa badan je, dan juga apron kalau ada.
Please register melalui email ke nurul@mycuppies.com. Nyatakan:
Nama
No fon
Tarikh kelas
Thank you all!Labels: anniversary cake, cupcake decorating, kelas cupcake shah alam kl
Salam, semua.
Nurul bercadang nak buat kelas cupcakes (basic baking and decorating with buttercream) bermula maybe in February. So nak survey dululah, ada yang berminat tak.
Buat permulaan maybe nak buat di Skudai. Kat Shah Alam ni rumah sempit, risau yg datang nak belajar nanti tak selesa pulak. Tapi kalau ada yang nak belajar di Shah Alam atau KL di rumah sendiri, maybe Nurul boleh plan something kalau cukup 3-4 org untuk satu sesi kelas.
Apa-apapun, boleh email kat nurul@mycuppies.com. Bagitau brp range harga yg you all rasa berpatutan untuk kelas cupcake ni, tarikh yg dirasakan sesuai (Sabtu dan Ahad saja) dan kalau ada request nak belajar selain dpd basic buttercream decorating pun boleh email juga ya.
Kalau dah confirm kelasnye nanti Nurul update tarikh-tarikh di blog.
On other notes, Nurul dah upload beberapa gambar lama dan baru kat Flickr MyCuppies. Jenguk-jenguklah ye.
Antara gambar cupcake hantaran yang br upload kat Flickr. Ni gambar lama, just nak tunjuk detail deco pada papercup tu. Gambar cupcake hantaran pink white ni sebelum ni Nurul upload sekeping je, tak nampak bahagian cup nye.
Well. Enjoy browsing thru! Thank you all!Labels: cupcake hantaran, kelas cupcake
Salam semua.
Sekejapnye masa berlalu kan. Dah sampai bulan December 2009.
Walaupun baru 2 bulan Nurul start balik buka tempahan cupcakes kat Shah Alam, tapi sambutan sgt menggalakkan. Sampai terpaksa tolak tempahan. Maaf lah pada sesiapa yg Nurul tak sempat jawab call terutamanye, balas sms, reply kat chatbox, bukan tak appreciate, tapi masa tak mengizinkan.
Dan untuk December ni pun, sebenarnye dah tak available. Nurul terima order pun tak banyak sebab nak fokus lebih kepada hal-hal keluarga, dan jugak nak spend masa dgn kawan2 yang lama dah tak jumpa dan bersembang.
However, niat di hati nak buat limited promotion for 25pcs small cupcakes, maybe. Tapi nak kena cari tarikh yg sesuai dulu. Nurul akan busy sehingga 20hb ni. So maybe lepas tu boleh la kot. Nurul akan update pasal promotion ni soon ya. InsyaAllah kalau takde hal, Nurul update next week. So anyone interested to order or request anything, pls email me segera ya.
Till then, have a good life ya!
*Photos of previous orders will be uploaded soon. Meanwhile, pls browse the cupcakes and cheesecakes products at Flickr.Labels: order cupcakes shah alam kl, tempahan cupcakes
Entah kenape lately phone num Celcom ni always no service/no network. Sesape yg call 019.6252580 tapi tak dpt, boleh cuba call 016.5285365. Kalau tak jawab tu maybe masa tu ada kerja lain. Boleh tgalkan sms dan Nurul akan contact bila free ye.
Here is the calendar for your reference. Yang putih je tu actually tak terima order tapi boleh la try tanya. Kalau rasa available maybe Nurul terima.
Yg pink tu mmg dah full, even nak tmbh 6pcs je pun tak dpt la, dearies. Kang penat sgt tgn Nurul menggigil pulak nak deco, nanti kualiti tak terjamin. Me not likey tau.
Biru tu limited, filling fast. Macam nak beli tiket wayang pulek. Hehe. Nak bg tips sikit, walaupun Nurul cakap buat order at least 3 hari sebelum kan, tapi biasanye seminggu sebelum tu dah ramai yg order. So untuk tidak berasa kecewa, silalah mintak quotation atau email enquiry tu at least 10hari sebelum. Kadang2 tak sampai hati nak tolak permintaan orang tapi apakan daya I do this as side income je. Yg mana mampu tu sedaya boleh Nurul tunaikan. Tapi tak bolehla smpi mengganggu kerjaya tetap kan..
OK so yang hijau tu available slots lah. Cepat2 booking sebelum org lain yg dapat. Hehe.
Prosedur untuk order lebih kurang mcm ni (walaupun sbnrnye tak kisah la nak approach mcmana, tp kalau ikut prosedur ni lebih memudahkan):
1. Browse products dan tgk design yg berkenan kat sini >> Flickr's MyCuppies
2. Kalau ada contoh gambar dari buku ke, gmbr hantaran kawan2 ke, boleh jugak. Kita discuss nak alter mcmana nanti.
3. Tgk kalendar available ke tak. Then email secara ringkas dan nyatakan detail (nama, location, phone num, kuantiti dan decoration/design/theme). Kalau ada gmbr contoh pun boleh attach. Ataupun boleh sms dulu tny tarikh tu available lagi tak.
4. Nurul akan reply email/sms secepat mungkin, sama ada available atau tak.
5. Bayar deposit 50% untuk confirmation. Kalau takde deposit ni Nurul anggap you tak jadi order. So slot untuk tarikh tu akan open lagi untuk org lain.
Well, thats all for now. Selamat browse through our site =)Labels: hantaran cupcakes, order cupcakes shah alam kl, tempahan cupcakes
Holla everyone!
Puasa ke tak ni? Hehehe.
Dah beberapa bulan kita freeze from business tapi entah dari mana datang semangat berkobar2 Nurul rasa nak buka semula tempahan. Ngeee. Well, there is always good news kan, dan sempena nak menyambut Syawal ni, apa kata semarakkan kemeriahan jamuan Aidilfitri dengan kek dan cupcakes from MyCuppies!!
Secara rasminye (chewahh!) tempahan dibuka semula tapi untuk kawasan sekitar Shah Alam dan KL je ye. Order boleh buat sekarang tapi delivery dan self pick up after raya je la. To be spesific, mulai 1st October 2009. Raya nak balik kampung kat Perak. Hehe. And to cupcake lovers di JB, I mintak maap la sebab tak dpt nak tunaikan permintaan, kecuali kalau nak order kek lapis cadbury yang penghantarannye secara poslaju akan dipertimbangkan.
And for a lil` bad news, orders are opened for a very limited quantity during weekdays, whereas for weekends maybe boleh lebih sikit la.
So jangan tunggu lagi, email or sms me for requests. Boleh discuss pasal flavors, themes, delivery charge etc. Kalau Nurul tak jawab call means tgh sibuk sikit, so sms je and Nurul will call back once dah free. And pls order at least 7days in advance so that I have enough time to prepare everything =)
Thats all for now. Nak balik rumah siap2 untuk buka puasa. Lalala~
Labels: Announcement, cupcakes and cuppies, order cupcakes shah alam kl
Salam and good day everyone!
First of all, nak minta maaf pada viewers sekalian sebab dah lama sgt tak update.
So many things happened yet so little time to update. Sorry.
Nurul nak minta maaf juga pada yang call, sms dan email nak order dlm 2-3 minggu ni dan terpaksa Nurul tolak. Dah full sayang. Memang tak boleh nak selit-selit dah. Kang dpt cupcakes yg tak deco cantik, marah pulekks kan. Ngeee~
Order untuk May ni, hanya pada 9 dan 10 May yg masih available.
Sila buat booking segera supaya anda tidak kempunan =p
OK tu je nak update kot. Sila cuci mata dengan gmbr2 di bawah. Lalala~
1. Thanks to Nana, again, for ordering this hantaran cupcakes for her cousin`s wedding. Suka sgt berurusan dgn Nana ni, sebab percaya pada Nurul 100% untuk deco the cupcakes and the cupcakes box. Thank you dear. Sangat puas hati dgn hasil yg ini, and of course hiasan tambahan pada cups and box bukan Nurul buat. That was hasil kerja pembuat kotak, Mazwan. Hahaha. Ramai tak sangka Mazwan ni berseni rupanye =p and gumpaste flowers tu pada asalnye nak buat sendiri, tapi sebab dah tak sempat so beli aje la. Hehe.

2. This oreo-based cheesecake was ordered by Dr Ida and En Zul. Dr Ida ni supervisor research project Nurul. Masa tgh potong buah-buah nak letak atas cheesecake tuNurul tak tahan tgk kiwi tu rasa nak gigit aje. Memang trs ngap pun. Haha! Then 2-3 hari kemudian, buat oreo cheesecakes untuk Kak Yan. Kak Yan order 4 bijik sekali untuk bagi staff kat fakulti. Satu rumah bau cheesecakes. Hehe. Tapi lupa nak snap gambar =p but anyway thanks Kak Yan yg dah nak ke Canada untuk sambung PhD. Good luck!

3. Ha! Ni smlm punye citer. Awal pagi kul 5 Nurul dan Mazwan dah bertolak dari Skudai dgn menumpang Amy dan Arif ke Kuala Pilah. Bawa 200pcs muffins, 1 box of fruit cheesetarts and 1 box of cupcakes for hantaran majlis perkahwinan Ayu & Fauzi. Congratulations on the wedding, Ayu! Tema majlis Ayu striking orange! Hantarannye siap ada penjaga, si Naruto and the geng. Pelik betul si Ayu ni. Apa-apapun semoga berbahagia ye Ayu dan Fauzi. Nanti I kawen tlg sponsor photography session ye. Gagaga!

4. And last but not least, chocolate cupcakes dgn strawberry ni ordered by Ashraf melalui phone call dari Kelantan or Kuantan, tak brp jelas pulak hari tu. Sayang betul dia kat buah hati kat UTM tu ye. Hehe. Thanks for ordering ya!

*Masa buka folders gambar cupcakes rasa macam ada yg tak publish lagi kat blog. Tapi dah tak ingat, so siapa2 yg gmbr cupcakes dia takde kat blog Nurul minta maaf ye. Agak unorganized lately.
Labels: cheesecake, cupcakes and cuppies, hantaran cupcakes